Assalamualaikum,hey ! Okay aku nak cerita sikit lah pasal Diploma pengurusan perkhidmatan makanan ni (DFSM) seems semua orang tak tahu pasal course ni.Ye lah kan ramai tahu course yang macam engineering ,science sume tu tapi tak tahu pasal course ni .Okay course ni under Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan .Okay bila cakap course ni under hotel mesti semua orang pandang rendah af ,tapi pedulikan mereka semua sebab insyaaAllah tak kira course apa yang kau amek kalau kau pemalas engkau takkan berjaya jugak .Samalah dengan course ni ,nampak je under hotel tapi susah jugak tau ! Siapa yang dapat course ni ,aku sarankan amek je jangan tolak sebab kalau kau rajin kau akan dapat kerja sebab course ni more kepada makanan .Selagi ada orang yang nak makan selagi tu korang penting ,so bersyukur ! Okay ,aku akan start cerita .fuhhh ,sebenarnya aku amek course ni and sekarang aku tegah cuti sem .Bulan 6 aku masuk dah sem 3 .Okay aku nak bagitahu yang diploma untuk course ni hanya ada dekat Uitm Dungun dan Penang sahaja .
SEM 1 : Okay ,sem 1 ni nak cakap susah pun tak nak cakap senang pun tak .Kau kena rajin tu je jangan jadi pemalas ! Sem 1 ni banyak teori jugak lah yang kau kena ingat .Tapi jangan risau selagi kau usaha ,rajin study memang senang nak dekan .Okay ,kau akan belajar MANDARIN huhuhu seronok gila .Kau belajar basic mandarin .Bagi aku mandarin ni senang untuk korang score A sebab baru basic and jangan risau pasal buku .Buku semua boleh beli dari lecterur and perlu diingatkan JANGAN BELI DARI SENIOR ! Sebab apa aku cakap macam tu ? sebab silibus berubah and kalau kau beli kau akan membasir duit kena beli yang baru dari lecturer .Pastu ,korang akan belajar AGAMA dan ENGLISH .Tu basic lah kan ? Kalau agama korang akan ada tilawah dan hafazan .Sem ni kau kena hafal ayat yasin dari ayat 1-20 .Senang je kan ?InsyaaAllah .Kalau english pulak ,jangan risau tak susah mana pun cam SPM ,korang akan ada listening test .Senang nak score .So JANGAN LUPA BAWA EARPHONE ! Lupa jugak nak bagitahu yang mandarin pun ada banyak test .Ada oral ,listening ,speaking and final korang kena buat video cakap mandarin .Nanti korang akan faham jangan risau sebab mandarin ni dia takde final means tak kena jawab exam dalam dewan sebabtu kau kena score test and yang paling penting projek video . Okay lepastu korang akan ada koko ,Okay yang ni seronok sikit aku nak cerita .Untuk sem 1-3 korang wajib ada koko.Sebab koko ni pun dikira markahnya maksudnya dia ada termasuk dengan cgpa kau .So kau kena perform ! Koko lah senang nak dapat A ,Kau jangan malas je ! Koko selalunya 1 jam lebih je . Pastu korang ada subjek FOOD STUDIES ,korang akan belajar pasal semua makanan hahaha .means macam mana makanan tu disediakan pastu disediakan banyak lah teori pasal makanan kau kena ingat contohnya maillard reaction ,caremalization ,gelatinization and banyak lagi .Then ,korang kena belajar FOOD HYGIENE ,food hygiene ni more kepada kebersihan sesuatu makanan and tempat .Korang akan belajar semua jenis bacteria pastu food hazard more to teori jugak .Pastu korang akan belajar INTRO TO HOSPITALITY AND TOURISM INDUSTRY . Jangan ingat kita belajar pasal makanan je .Basically ,course ni merangkumi semua subjek dari hotel so peluang pekerjaan korang luas .Korang boleh masuk hotel ,tourism ,account okay nanti aku cerita lebih .And last sekali korang ada kitchen .Tapi 1 kitchen je iaitu BASIC WESTERN .Basic western ni lah korang belajar macam chicken chop ,lamb chop and semua yg berkaitan western .Jangan terkejut kalau kitchen basically 8 jam ! Okay masuk SEM 2 . Sem 2 ni tak banyak teori tapi susah jugak kalau kau malas . Subjek untuk sem 2 macam biasa ada MANDARIN ,ENGLISH AND AGAMA . Takyah terangkan kodd .Untuk english korang ada speaking test .Untuk agama pulak korang kena hafal yasin lagi .And other subjek ialah FOOD SCIENCE AND NUTRITION . Bagi bebudak science yang terkandas time SPM pastu dapat course ni ,inilah peluang korang boleh score sebab food science dengan nutrition ni more to bio ,chemist tapi jangan risau basic je ,Budak yang tak amek science pun boleh score asalkan rajin hahaha .Last subjek ,korang jangan ingat korang takde kitchen dah .Ada 2 kitchen untuk sem 2 ni .BASIC EASTERN AND BAKING . Seronok gilaaa ! kalau eastern korang akan belajar masakan melayu,india ,cina and banyak lagi Kalau baking lagi seronok ,korang dapat buat cake ,donat ,roti .Tak banyak kan macam sem 1 ? Untuk SEM 3 pulak .Aku pun baru nak masuk sem 3 tapi jangan risau aku ada course outline dia .Sem 3 pulak korang akan belajar macam biasa ENGLISH AND AGAMA .mandarin dah takde untuk sem 3 ni hihihi .Pastu korang akan belajar INTRODUCTION TO FINANCIAL ACCOUNTING & REPORTING . Sebab tu aku cakap course ni kerja dia meluas sebab kita belajar account tapi basic je ah tapi atleast ,kita ada basic jugak .Semua benda kita ada basic so senang sikit jangan risau tak amek account pun boleh score insyaaAllah .Pastu ada subjek FOOD & BEVERAGE COST CONTROL ,MENU PLANNING AND DEVELOPMENT ,COMMERCIAL FOOD PRODUCTION AND LASTLY SERVING .Untuk sem 3 ni ada serving ala takkan tak tahu ? serving makanan ala-2 hotel tu .So banyak teori jugak kena ingat .Lupa pulak nak bagitahu ada kitchen jugak tau .Sebab Uitm Dungun & Penang kan ada hotel so kitaorang kena serving kat situ . Untuk SEM 4 ada banyak subjek kena ingat . Ada MANAGEMENT ,ENTREPRENEURSHIP ,MARKETING ,SUPERVISION IN HOSPITALITY AND TOURISM INDUSTRY ,HOSPITALITY AND TRAVEL LAW ,FOODSERVICE SYSTEM & OPERATION ,QUANTITY FOOD PRODUCTION .Mesti korang terkejut kannn ? Dah ah siap ada law lagi . Last but not least ,SEM 5 korang akan buat praktikal .Untuk pengetahuan korang fakulti hotel & pengurusan pelancongan je yang sem 5 buat praktikal .Kalau cam course lain diorang buat praktikal time cuti sem 4 and sem 5 diorang kena datang balik and study sampai habis and graduate .And ada jugak course yang takde praktikal .So ,course yg under fakulti ni memang diperlukan sangat .And biasanya course lain akan praktikal hanya sebulan lebih tapi kita praktikal 3 bulan nak dekat 4 bulan pastu kita kena datang balik uitm and buat report and presentation pasal praktikal kita .Tak susahkan ? Dengar cerita senang nakdapat 4flat .So dah habis praktikal tu kalau company tu suka ngan kita insyaaAllah dia akan amek kita bekerja after praktikal sebelum graduate ,tak ke awesome ? Okaylah panjang lebar sangat aku bercerita ni.InsyaaAllah next time aku akan cerita kerja apa yang korang boleh dengan course ni .Harap korang tak penat and bosan baca pasal ni.Lupa nak bagitahu aku yang aku study kat uitm Dungun. Bye !
course ni berapa kos dia 20k?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteCourse yg tak patut diwujudkan oleh uitm
Deletekenapa?
DeleteSamalah mcm saya....
ReplyDeletecuma yang bezanya saya xambik mandarin, dan bawah swasta...
x ambik IPTA sbb mahal nak mampus dgn pinjaman PTPTN...
xmampu nak survive.
kos under 20k....
Assalamualaikum..sebenarnya banyak mende sy nak tanya pasal course ni..ade tak email atau no wsap?
ReplyDeleteBoleh email kat dianseobiey@gmail.com
DeleteSeriously rm20k??
ReplyDeleteNo, estimated around 15-10k je under ipta
DeleteKnp ad org kata under IPTA rm20k
Deletesubjek die byk blajar bm or bi? if org yg x mahir masak,akan okey juga ke amik kos ni? kos ni rmai laki or girl?
ReplyDeleteNow semua subjek kat ipta memang in bi kecuali subjek berkaitan agama atau bahasa seperti cina ,france and arab. Kos ni kalau tak pandai masak pun takpe sbb nanti akan ada lecterur yg guide camne nak masak and dia akan ajar basic sume tu . Kos ni ramai perempuan . Tapi sekarang lelaki pun makin ramai join kos ni
Deleteassalamualaikum. saya ambik kos ini jugak. saya nak tanya syarat kelayakan untuk memohon course ini apa ya?
ReplyDeletesaya minggu depan dah nak msuk sem 2 nak tanya yg agama tu kan kena hafaz yaasin sampai mana ya?sebb saya bab2 hafz ni slow sikit nak ingt..hahahaha
ReplyDeleteSaya nak tanya, untuk kitchen tuh saya memang tak minat masak..Agak-agak saya boleh lulus ker untuk kitchen tuh sebab saga takut menu yang diberikan susah
ReplyDeleteTak susah pon kitchen nnt lect akan guide ..sye pon tk minat masak2 ni tpi tk prnah la org tk lulus subj ni.. yg pnting attendance jaga..
DeleteSaya nak taye saya lepasan student diploma food technology...boleh ke kalau saya nk smbg dlm bidang food service ni?
ReplyDeleteAssalam sis, ada bahasa lain ke yang kita boleh pilih selain Mandarin yg sis tulis dekat atas tu? Lagi satu,macam mana dengan assignment untuk course ni,dia sama macam course lain ke? sekian terima kasih =)
ReplyDeleteWasalam . Sebenarnya ada bahasa japan arab and france tapi sekarang dia dah selaraskan bagi food service amek mandarin sahaja . Kos tourism arab and kulinari france tapi bergantung pada lecterur yg ada untuk ajar subjek tu . Course ni pun ada assignment and presentation juga tapi kebanyakannya based on food ah :)
Deletepeluang kerjaya apa ye?
ReplyDeletepeluang kerja sebagai apa ya ? nak tau sangat , sebab dr information lain tak detail pasal kerjaya dlm bidang ni . mohon sis list kan , bcs i dah apply course ni dlm upu . mohon sis bole tolong
ReplyDeleteAmbil course ni boleh jadi chef ke?
ReplyDeleteboleh,
Deletebaca ni- https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwjJxtOY7bvbAhVPU30KHdD3CAcQFjAAegQIARAs&url=http%3A%2F%2Fwww.mstar.com.my%2Fberita%2Fberita-semasa%2F2016%2F03%2F07%2Fcalon-chef-selebriti-apo2016%2F&usg=AOvVaw0pSnZJt2aJWXpqVufP0LZ9
hi sis sy nk tnya.. kos ni ramai org ambik ke tak eh? sbb sy cuba cari kawan yg dpt kos ni tp mcm tk jumpa. :(
ReplyDeleteRamai je yang amek dik . Kos ni kalau di pengurusan hotel dan pelancongan paling susah tapi ramai yang dapat dekan setiap sem . Dont worry
ReplyDeleteHi sis . apa beza Kos seni kulinari dgn Kos ni ?
ReplyDeleteSapa yg sudah tamat kursus ni, dan belum dpt kerja boleh cuba kerjaya anda di restaurant kami.
ReplyDeleteassalamualaikum,saya nk tanya biasanya kursus ni kat mana sesuai untuk praktikal?
ReplyDeletehotel, resort, and fast food franchise
DeleteHi boleh tk nak minta num ws ke apa? Sbb byk benda ni sya nak tanye psl course ni
ReplyDeleteHi sis. Nak tanya,kiranya kos ni more kepada nak jadi chef lah ?kalau macam kita nak jadi nutrionist boleh jugak ke amik kos ni ?
ReplyDeletenutrionist boleh jgk apply utk course ni.. basically klu fkulti hotel ni mmg akan ade masak2, basic serving mcm kt hotel..tpi kulinari yg plg byk masak2 sbb die more to nak jd chef...kos FS ni pon boleh je nk jd chef..biasanya nutrionist/dietitian nak ade dgree in FS..kelayakan utk catering officer mostly focus on b/ground Uitm..boleh jgk apply utk auditor,HACCP officer,Ass Restaurant Manager utk Diploma..
DeleteHi sis. Kat uitm penang/dungun student boleh tinggal kat kolej kediaman sampai sem 5 ke?
ReplyDeleteboleh je tp kne byr..rumah sewa yg tdekat pon byk kt dungun..diploma, degree kne byr yuran kolej
DeleteKos 1 sem berapa, adakah setiap sem tu kos dia berbeza
ReplyDeletekos utk diploma dan dgree utk sem 1 biasanya akan lebih mahal..sem 1 diploma yuran rm700+ dan sem yg brikutnye rm500+..wlu bgaimana pon, jumlah ni x termasuk utk uniform kitchen, yuran kolej dan sebagainye...semoga membantu.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBoleh tinggalkn nom wsap tak utk info yg lbih lanjut...
ReplyDeleteSaya nak Tanya banyak ni . Boleh minta nombor or email me??
ReplyDeleteassalam, blh saya daaptkan no tel utk pertanyaan..terima kasih
ReplyDeleteNak tanya klau bkn dr diploma pengurusan perkhidmatan makanan . Boleh ke ambil degree dlm pengurusan makanan ni ? Atau macam ek hmm ?
ReplyDeleteMean bila daftar diploma pelancongan ni lpstu amik under makanan punya ?
ReplyDeletehello sis, kalo nk amik bidang ni mesti kos apa waktu sekolah?
ReplyDeleteSains rumahtangga..tapi x pasti sekolah awak macam mane..sbb x semua sekolah ade aliran sastera yg sme
DeleteSis nak tanya kalau nak masuk kitchen kene lipat lengan baju jugak eh? Kalau pakai handsock boleh x?
ReplyDeleteBoleh je. Ramai je classmates sis pakai handsock.. jangan bimbang la amira... Hehehe
DeleteGoodjob sis. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada bakal student foodservice management... jom lawat blog sis pula.. sis ade share pengalaman belajar dalam bidang foodservice uitm dungun..http/anisnatasha557294158.wordpress.c
ReplyDeleteAssalam kak, saya minat dengn kos ni, boleh akak bagi no.tel akak untuk saya tanya?
ReplyDeleteCourse ada delay uitm Mana he?
ReplyDeleteuitm penang n dungun for diploma😊
Deleteklau lulusan dari sijil kulinari kolej komuniti blh laa kn?mmg ade di uitm dungun je ke?ade yg study part time tak diploma ni?tq:)
ReplyDeleteHarrah's Casino Reno Opens To Public 24-Hours A Day
ReplyDeleteHarrah's Reno is 양산 출장안마 set to 광주 출장안마 open its 세종특별자치 출장샵 first permanent 용인 출장샵 casino in the city 이천 출장마사지 of Reno. The Harrah's is the only casino in the United States to open 24-hours
Course ni ada asasi tak ?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKalau kita xfasih sangat dlm percakapan bahasa English boleh ke masuk kos ni
Delete