Saturday, 21 May 2016

Diloma Pengurusan Perkhidmatan Makanan (Diploma Food Service and Management)

Assalamualaikum,hey ! Okay aku nak cerita sikit lah pasal Diploma pengurusan perkhidmatan makanan ni (DFSM) seems semua orang tak tahu pasal course ni.Ye lah kan ramai tahu course yang macam engineering ,science sume tu tapi tak tahu pasal course ni .Okay course ni under Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan .Okay bila cakap course ni under hotel mesti semua orang pandang rendah af ,tapi pedulikan mereka semua sebab insyaaAllah tak kira course apa yang kau amek kalau kau pemalas engkau takkan berjaya jugak .Samalah dengan course ni ,nampak je under hotel tapi susah jugak tau ! Siapa yang dapat course ni ,aku sarankan amek je jangan tolak sebab kalau kau rajin kau akan dapat kerja sebab course ni more kepada makanan .Selagi ada orang yang nak makan selagi tu korang penting ,so bersyukur ! Okay ,aku akan start cerita .fuhhh ,sebenarnya aku amek course ni and sekarang aku tegah cuti sem .Bulan 6 aku masuk dah sem 3 .Okay aku nak bagitahu yang diploma untuk course ni hanya ada dekat Uitm Dungun dan Penang sahaja .
SEM 1 : Okay ,sem 1 ni nak cakap susah pun tak nak cakap senang pun tak .Kau kena rajin tu je jangan jadi pemalas ! Sem 1 ni banyak teori jugak lah yang kau kena ingat .Tapi jangan risau selagi kau usaha ,rajin study memang senang nak dekan .Okay ,kau akan belajar MANDARIN huhuhu seronok gila .Kau belajar basic mandarin .Bagi aku mandarin ni senang untuk korang score A sebab baru basic and jangan risau pasal buku .Buku semua boleh beli dari lecterur and perlu diingatkan JANGAN BELI DARI SENIOR ! Sebab apa aku cakap macam tu ? sebab silibus berubah and kalau kau beli kau akan membasir duit kena beli yang baru dari lecturer .Pastu ,korang akan belajar AGAMA dan ENGLISH .Tu basic lah kan ? Kalau agama korang akan ada tilawah dan hafazan .Sem ni kau kena hafal ayat yasin dari ayat 1-20 .Senang je kan ?InsyaaAllah .Kalau english pulak ,jangan risau tak susah mana pun cam SPM ,korang akan ada listening test .Senang nak score .So JANGAN LUPA BAWA EARPHONE ! Lupa jugak nak bagitahu yang mandarin pun ada banyak test .Ada oral ,listening ,speaking and final korang kena buat video cakap mandarin .Nanti korang akan faham jangan risau sebab mandarin ni dia takde final means tak kena jawab exam dalam dewan sebabtu kau kena score test and yang paling penting projek video . Okay lepastu korang akan ada koko ,Okay yang ni seronok sikit aku nak cerita .Untuk sem 1-3 korang wajib ada koko.Sebab koko ni pun dikira markahnya maksudnya dia ada termasuk dengan cgpa kau .So kau kena perform ! Koko lah senang nak dapat A ,Kau jangan malas je ! Koko selalunya 1 jam lebih je . Pastu korang ada subjek FOOD STUDIES ,korang akan belajar pasal semua makanan hahaha .means macam mana makanan tu disediakan pastu disediakan banyak lah teori pasal makanan kau kena ingat contohnya maillard reaction ,caremalization ,gelatinization and banyak lagi .Then ,korang kena belajar FOOD HYGIENE ,food hygiene ni more kepada kebersihan sesuatu makanan and tempat .Korang akan belajar semua jenis bacteria pastu food hazard more to teori jugak .Pastu korang akan belajar INTRO TO HOSPITALITY AND TOURISM INDUSTRY . Jangan ingat kita belajar pasal makanan je .Basically ,course ni merangkumi semua subjek dari hotel so peluang pekerjaan korang luas .Korang boleh masuk hotel ,tourism ,account okay nanti aku cerita lebih .And last sekali korang ada kitchen .Tapi 1 kitchen je iaitu BASIC WESTERN .Basic western ni lah korang belajar macam chicken chop ,lamb chop and semua yg berkaitan western .Jangan terkejut kalau kitchen basically 8 jam ! Okay masuk SEM 2 . Sem 2 ni tak banyak teori tapi susah jugak kalau kau malas . Subjek untuk sem 2 macam biasa ada MANDARIN ,ENGLISH AND AGAMA . Takyah terangkan kodd .Untuk english korang ada speaking test .Untuk agama pulak korang kena hafal yasin lagi .And other subjek ialah FOOD SCIENCE AND NUTRITION . Bagi bebudak science yang terkandas time SPM pastu dapat course ni ,inilah peluang korang boleh score sebab food science dengan nutrition ni more to bio ,chemist tapi jangan risau basic je ,Budak yang tak amek science pun boleh score asalkan rajin hahaha .Last subjek ,korang jangan ingat korang takde kitchen dah .Ada 2 kitchen untuk sem 2 ni .BASIC EASTERN AND BAKING . Seronok gilaaa ! kalau eastern korang akan belajar masakan melayu,india ,cina and banyak lagi Kalau baking lagi seronok ,korang dapat buat cake ,donat ,roti .Tak banyak kan macam sem 1 ? Untuk SEM 3 pulak .Aku pun baru nak masuk sem 3 tapi jangan risau aku ada course outline dia .Sem 3 pulak korang akan belajar macam biasa ENGLISH AND AGAMA .mandarin dah takde untuk sem 3 ni hihihi .Pastu korang akan belajar INTRODUCTION TO FINANCIAL ACCOUNTING & REPORTING . Sebab tu aku cakap course ni kerja dia meluas sebab kita belajar account tapi basic je ah tapi atleast ,kita ada basic jugak .Semua benda kita ada basic so senang sikit jangan risau tak amek account pun boleh score insyaaAllah .Pastu ada subjek FOOD & BEVERAGE COST CONTROL ,MENU PLANNING AND DEVELOPMENT ,COMMERCIAL FOOD PRODUCTION AND LASTLY SERVING .Untuk sem 3 ni ada serving ala takkan tak tahu ? serving makanan ala-2 hotel tu .So banyak teori jugak kena ingat .Lupa pulak nak bagitahu ada kitchen jugak tau .Sebab Uitm Dungun & Penang kan ada hotel so kitaorang kena serving kat situ . Untuk SEM 4 ada banyak subjek kena ingat . Ada MANAGEMENT ,ENTREPRENEURSHIP ,MARKETING ,SUPERVISION IN HOSPITALITY AND TOURISM INDUSTRY ,HOSPITALITY AND TRAVEL LAW ,FOODSERVICE SYSTEM & OPERATION ,QUANTITY FOOD PRODUCTION .Mesti korang terkejut kannn ? Dah ah siap ada law lagi . Last but not least ,SEM 5 korang akan buat praktikal .Untuk pengetahuan korang fakulti hotel & pengurusan pelancongan je yang sem 5 buat praktikal .Kalau cam course lain diorang buat praktikal time cuti sem 4 and sem 5 diorang kena datang balik and study sampai habis and graduate .And ada jugak course yang takde praktikal .So ,course yg under fakulti ni memang diperlukan sangat .And biasanya course lain akan praktikal hanya sebulan lebih tapi kita praktikal 3 bulan nak dekat 4 bulan pastu kita kena datang balik uitm and buat report and presentation pasal praktikal kita .Tak susahkan ? Dengar cerita senang nakdapat 4flat .So dah habis praktikal tu kalau company tu suka ngan kita insyaaAllah dia akan amek kita bekerja after praktikal sebelum graduate ,tak ke awesome ? Okaylah panjang lebar sangat aku bercerita ni.InsyaaAllah next time aku akan cerita kerja apa yang korang boleh dengan course ni .Harap korang tak penat and bosan baca pasal ni.Lupa nak bagitahu aku yang aku study kat uitm Dungun. Bye !

Monday, 25 April 2016

HEY !

Hey ! i think that's for my introduction. I'm kinda new to this new blog  .Actually ,before this aku ada blog and aku lupa password then tetiba aku rasa macam nak buat blog baru because aku rasa cam nak story something yang dah lama tersirat dalam hati cehh hahaha .And maybe matlamat blog baru lebih kepada story yang maybe akan memberi inspirasi to others people out there idk ?And maybe this new blog juga akan bagi banyak information about something yang baru juga.So yeah please help me out .Oh yeah ,how can i get many followers to this blog ? hahahaha no just kidding but yeah if u can help me it will be so good .Okay ,thank you for spending your time to read this post and maybe this blog will be my diary emm idk ?